"Keselamatan internet dan kehidupan dalam talian adalah sebab kewujudan kami."
Mitchell Baker, CEO Mozilla
Mozilla membangunkan produk yang menghormati privasi penggunanya
-
Pelayaran yang privasi & selamat
-
Artikel dari internet yang paling menarik
-
Samaran e-mel & telefon yang mesra pengguna
-
VPN yang anda boleh percayai
"Mozilla bersungguh-sungguh demi membuktikan kepada dunia bahawa perniagaan tetap boleh berjalan lancar dengan menggunakan AI yang boleh dipercayai. Ini termasuklah meletakkan hak asasi manusia, perlindungan data serta ketelusan sebagai batu asas di dalam pembangunan sistem yang kompleks."
Politico
Adakah Mozilla sebuah syarikat atau badan bukan berasaskan keuntungan? Kedua-duanya sekali.
Mozilla terdiri daripada dua organisasi. Mozilla Corporation dimiliki sepenuhnya oleh 501(c) bukan berasaskan keuntungan iaitu Mozilla Foundation. Bermakna, kami bukan bertanggungjawab kepada mana-mana pemegang saham — dalam misi kami.
Ketahui tentang Mozilla FoundationSertailah perjuangan untuk internet yang lebih sihat
Suara anda. Kod anda. Idea anda. Ada beribu-ribu cara untuk anda menyumbang kepada Mozilla.
Sertai kerja sukarela dengan MozillaSuatu masa ketika kami mendedahkan kod-sumber kami…
Projek Mozilla diasaskan di San Francisco pada tahun 1998, sewaktu pelayar Netscape membuat keputusan radikal untuk membuka kod program mereka kepada orang awam untuk membina dan memperbaikinya. Pada masa itu, ada satu syarikat mendalangi monopoli penggunaan internet secara maya.
Akhirnya, projek sumber terbuka Mozilla bertukar kepada versi pertama Firefox yang amat popular.
Pada hari ini, Mozilla meneruskan usaha ke arah internet yang lebih baik bagi jutaan ahli komuniti di seluruh dunia, memperjuangkan teknologi yang lebih beretika, AI yang boleh dipercayai serta menghasilkan produk-produk yang mementingkan privasi yang memberi kuasa kepada penggunanya.