Laman Utama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
سلامت داتڠ کويکيڤيديا
Versi Bahasa Melayu telah dimulakan pada (2002-10-26) 26 Oktober 2002 (umur 20).
Kini, kami mempunyai 364,394 buah rencana.

Rencana pilihan

Aziz M. Osman pada 2016

Leftenan Adnan merupakan sebuah filem perang drama Malaysia 2000 arahan Aziz M. Osman (gambar) dengan skrip oleh Aziz dan Mejar Ramli Abu Bakar terbitan bersama Paradigm Film dan Markas Tentera Darat, Kementerian Pertahanan Malaysia. Dibintangi oleh Hairie Othman sebagai watak tajuk, Umie Aida, Faizal Hussein, Rusdi Ramli, Shaharuddin Thamby, Rambo Chin dan Wahid Senario, ia mengisahkan perjuangan pegawai tentera Tanah Melayu, Adnan Saidi (juga dikenali sebagai Leftenan Adnan), yang bertarung nyawanya demi menyelamatkan Tanah Melayu daripada penaklukan Tentera Jepun semasa Perang Dunia II.

Filem ini ialah projek yang telah lama dinantikan oleh Aziz. Ia diterbitkan dengan belanjawan sebanyak RM2.5 juta dengan jumlah pelakon dan krew melebihi 1,000 orang, sekaligus mencatat rekod sebagai filem paling mahal dan penerbitan terbesar dalam sejarah perfileman Melayu. Penggambaran dijalankan pada Februari dan Mac 2000 di Perak, Negeri Sembilan dan Johor.

Leftenan Adnan ditayangkan pada 31 Ogos 2000 bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-43 dan menerima pelbagai ulasan positif serta telah meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM4.8 juta. Ia telah memenangi 2 anugerah di Festival Filem Asia Pasifik ke-45 dan 4 anugerah di Festival Filem Malaysia ke-15. Biarpun aspek seni filem ini diterima baik, ketetapan salah mengenai sejarahnya telah menerima kritikan. Pada tahun 2020, versi diperbaharui filem ini telah dikeluarkan bersempena dengan ulang tahunnya yang ke-20. (Rencana penuh...)

Berita terkini

Rolling Fork selepas puting beliung
Kerosakan puting beliung di Rolling Fork, Mississippi

Tahukah anda...

Dataran Tiananmen
  • "... bahawa Dataran Tiananmen merupakan dataran bandar terbuka yang terbesar di dunia?"  
  • "... bahawa helikopter tentera Westland Lynx pada asalnya dibangunkan sebagai pesawat utiliti bagi kegunaan awam?"  
  • "... bahawa argentum iodida digunakan sebagai antiseptik dan dalam pembenihan awan?" 

Hari ini dalam sejarah

22 April: Hari Bumi

Bahagian depan syiling dua sen A.S. 1865

Hari-hari sebelum: 21 April20 April19 April

Gambar pilihan

Raja Lear

Tindakan I, Adegan I dari Raja Lear, sebuah drama oleh William Shakespeare yang pertama kali dipentaskan pada tahun 1606, seperti yang digambarkan oleh Edwin Austin Abbey. Berdasarkan legenda Leir dari British, ia menggambarkan keturunan Raja Lear secara beransur-ansur menjadi gila selepas baginda melupuskan kerajaannya kepada dua daripada tiga puterinya berdasarkan sanjungan mereka. Tragedi ini sering diadaptasi untuk pentas dan filem, dengan peranan tajuk yang diidamkan oleh ramai pelakon yang paling berjaya di dunia.

Dalam adegan ini, Cordelia, anak bongsu daripada tiga puteri Lear, dibuang negeri kerana enggan menyatakan cintanya sebagai balasan untuk satu pertiga daripada kerajaan. Sebaliknya, dia menyatakan bahawa tiada apa-apa untuk membandingkan cintanya, atau kata-kata untuk menyatakannya dengan betul.

Lukisan: Edwin Austin Abbey

Gambar pilihan sebelum ini:

Gotong-royong

sunting

OOjs UI icon heart-progressive.svg Kerjasama rencana baharu

Cabaran gotong-royong
Hasil gotong-royong terbaru

Segera Cipta
Segera Selenggara

Perangkaan WBM
Kedalaman Rencana Laman Suntingan Pengguna Pentadbir Fail
19.7 364,394 1,053,423 5,809,377 312,301 (593 aktif) 16 19,023
Perbaiki kandungan

Wikipedia dalam bahasa lain (mengikut susunan jumlah rencana) Wikipedia dalam bahasa lain

Wikimedia-logo.svg Projek Wikimedia yang lain

Wikipedia ialah projek Yayasan Wikimedia, sebuah organisasi bukan untung yang turut mengendalikan beberapa projek pelbagai bahasa yang lain.


Wiktionary small.svg
Wikikamus
Kamus bebas
Wikinews-logo.svg
Wikiberita
Sumber berita bebas
Wikiquote-logo.svg
Wikiquote
Koleksi petikan kata
Wikibooks-logo.svg
Wikibuku
Buku teks dan manual bebas
Wikispecies-logo.svg
Wikispecies
Panduan spesies
Wikisource-logo.svg
Wikisumber
Perpustakaan bebas
Wikiversity-logo.svg
Wikiversity Beta
Bahan pelajaran bebas
Commons-logo.svg
Commons
Koleksi multimedia bebas
Wikimedia Community Logo.svg
Meta-Wiki
Penyelarasan projek Wikimedia
Wikivoyage-Logo-v3-icon.svg
Wikivoyage
Panduan perjalanan bebas
Wikidata-logo.svg
Wikidata
Pangkalan pengetahuan bebas
MediaWiki-2020-icon.svg
MediaWiki
Pembangunan perisian bebas