Laman Utama
سلامت داتڠ کويکيڤيديا
Versi Bahasa Melayu telah dimulakan pada 26 Oktober 2002 . Kini, kami mempunyai 364,017 buah rencana.
Senarai portal · Biografi · Falsafah · Geografi · Sejarah · Matematik · Sains · Sastera · Teknologi · Undang-undang |
Rencana pilihan Takungan Abberton ialah takungan simpanan air tawar yang dipam di timur England berhampiran pantai Essex, dengan keluasan 700 hektar (1,700 ekar). Kebanyakan airnya dipam masuk dari sungai Stour. Dibina antara tahun 1935 dan 1939, takungan ini dimiliki dan diuruskan oleh Essex and Suffolk Water dan terletak 6 km (3.7 bt) dari barat daya Colchester. Semasa Perang Dunia II, Takungan Abberton dipasang dengan periuk api laut untuk menghalang pencerobohan kapal terbang laut, dan ia digunakan oleh Skuadron No. 617 Tentera Udara Diraja British ("The Dam Busters") untuk latihan bagi pengeboman empangan-empangan Jerman di Ruhr. Satu projek bagi meningkatkan kapasiti Takungan Abberton kepada 41,000 megaliter (9.0×109 imp gal) telah disiapkan pada tahun 2013, bersama-sama dengan sambungan baharu untuk memindahkan air dari sungai Ouse di Norfolk ke Stour. Takungan air ini penting untuk pembiakan burung dendang air, langkau sejuk serta penyalinan bulu bagi unggas air dan burung hijrah. Takungan ini juga merupakan tanah bencah yang penting di peringkat antarabangsa yang ditetapkan sebagai tapak Ramsar, Tapak Kepentingan Saintifik Khas dan Kawasan Perlindungan Khas serta disenaraikan dalam karya A Nature Conservation Review. Sebahagian kecil tapak ini diuruskan oleh Amanah Hidupan Liar Essex. (Rencana penuh...)
Rencana pilihan sebelum ini:
Berita terkini
Tahukah anda...
Hari ini dalam sejarah 29 Mac: Hari Boganda di Republik Afrika Tengah.
Gambar pilihan
Gotong-royong
|
|