CNN
Jenis | Rangkaian televisyen kabel |
---|---|
Penjenamaan | CNN |
Negara | |
Ketersediaan | Amerika Syarikat, Kanada, seluruh dunia (melalui CNN International), dalam talian (melalui CNN Pipeline), radio (laporan berita dikemaskini sekali setengah jam) |
Slogan | "The Most Trusted Name in News" |
Ibu pejabat | Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat |
Pemilik | Turner Broadcasting System (Warner Bros. Discovery) |
Orang penting | Reese Schonfeld Jim Walton (Presiden, CNN Worldwide) Jonathan Klein (Presiden, CNN/US) |
Tarikh pelancaran | 1 Jun 1980 |
Laman sesawang | www.cnn.com |
Cable News Network atau singkatannya CNN, ialah sebuah rangkaian televisyen kabel yang diasaskan pada 1980 oleh Ted Turner.[1][2] Rangkaian ini kini milik Warner Bros. Discovery dan merupakan satu bahagian Turner Broadcasting System. CNN memperkenalkan ide liputan berita televisyen 24 jam yang menyambut ulang tahun ke-25nya pada 1 Jun 2005.
Dari segi kiraan pemeringkatan Nielsen atau "penonton unik" kumulatif, CNN menjadi sumber berita kabel nombor satu di amerika Syarikat.[3] Sungguhpun rangkaian berita ini banyak anggota gabungannya, CNN bersiaran terutamanya dari ibu pejabatnya di CNN Center di Atlanta, Time Warner Center di bandaraya New York, serta studio-studio do Washington, DC. Seperti pada Disember 2004, rangakain ini terdapati dalam 88.2 juta rumahtangga A.S. dan lebih 890,000 bilik hotel negara itu. Siaran versi A.S. juga terdapat di Kanada. Di seluruh dunia, CNN bersiaran melalui CNN International dan mempunyai rangkaian dan khidmat berjenama bersepadu yang terdapat kepada lebih 1.5 bilion orang di lebih 212 negara dan wilayah.
Sesetengah pemerhati konservatif mendakwa bahawa CNN mengamalkan sikap berat sebelah media yang liberal. Para pengkritik seperti Accuracy in Media dan MRC, telah mengakui bahawa laporan CNN mengandungi penyuntingan liberal dalam kandungan berita.[4][5]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Reese Schonfeld Bio. (29 Januari 2001) MeAndTed.com. Dicapai pada 2007-06-18.
- ^ Charles Bierbauer, CNN senior Washington correspondent, discusses his 19-year career at CNN. (8 Mei 2000). CNN.com. Dicapai 2007-06-18.
- ^ "The State of the News Media 2007 : Audience". Project for Excellence in Journalism. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-26. Dicapai pada 2007-03-11.
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-13. Dicapai pada 2007-09-02.
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-27. Dicapai pada 2007-09-02.
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan CNN |
- Saluran berita televisyen 24-jam di Amerika Syarikat
- Saluran berita televisyen 24 jam
- Rangkaian televisyen Amerika
- CNN
- Syarikat yang berpusat di Atlanta, Georgia
- Time Warner
- Anak syarikat Time Warner
- Stesen radio digital sahaja
- Penerima Anugerah DuPont-Columbia
- Pemenang Anugerah Peabody
- Saluran Sirius Satellite Radio
- Saluran dan stesen televisyen yang diasaskan pada 1980
- Saluran XM Satellite Radio
- Perkhidmatan berita pelbagai bahasa