Moscow

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Москва
Moscow
}}}
}}}
Bendera Lambang
Lokasi
Lokasi  Moscow  (jingga) }
Kedudukan Moscow di Eropah
Kerajaan
Negara
Daerah

Subbahagian
Rusia
Daerah Pusat Persekutuan
Bandar raya Persekutuan
Datuk Bandar Sergey Sobyanin
Ciri-ciri Geografi
Keluasan
 - Bandar raya
1,081 km²
Jumlah penduduk
 - Bandar (2005)
   - Kepadatan

10,415,400
  8,537.2/km²
Koordinat 55°45′8″U, 37°37′56″T
Aras tinggi <130 - 253 m
Zon waktu
- Musim panas (DST)
MSK (UTC+3)
MSD (UTC+4)
Maklumat Lain
Kod pos 101xxx-129xxx
Kod telefon +7 495; +7 499
Plat nombor 77, 99, 97, 177
Laman web: www.mos.ru

Moscow (bahasa Rusia: Москва́, Moskva, IPA: [mɐ'skva] Mengenai audio inidengar ) ialah ibu negara serta pusat politik, ekonomi, kewangan, pendidikan, dan pengangkutan yang terutama di Rusia. Terletak di tebing Sungai Moskva di Daerah Pusat Persekutuan yang terletak pula di bahagian barat Persekutuan Rusia, Moscow ialah bandar raya yang terbesar di Eropah. Bilangan penduduk tetap sebanyak 10.4 juta orang[1] merupakan sekitar 7% daripada jumlah penduduk Rusia.

Dari segi sejarah, Moscow terletak di pusat tanah air Rusia dan merupakan ibu negara untuk bekas Kesatuan Soviet, serta Rusia Muscovy, negara pra-Empayar Rusia. Moscow juga merupakan tempat untuk Kremlin yang termasyhur, dan yang kini merupakan tempat kerja Presiden Rusia.

Budaya seni bina dan seni pentas Moscow amat termasyhur di seluruh dunia. Moscow juga amat dikenali dengan Katedral Saint Basil, dengan kubah-kubah berbentuk bawang yang anggun, serta Katedral Christ Sang Penyelamat (Cathedral of Christ the Savior). Paderi Moscow yang tinggal di Biara Danilov merupakan ketua Gereja Ortodoks Rusia. Moscow masih merupakan pusat ekonomi yang terutama dan mempunai banyak bilionwan, dan sentiasa dianggap sebagai salah satu bandar raya yang termahal di dunia.[2]

Rusia mempunyai banyak institusi sains dan pendidikan, serta kemudahan sukan. Sistem pengangkutannya yang rumit termasuk sistem metro yang amat masyhur untuk seni binanya serta merupakan sistem yang tersibuk di dunia. Moscow merupakan tuan rumah Sukan Olimpik pada musim panas 1980.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Rujukan pertama kepada Moscow bertarikh dari 1147 ketika Putera Yuriy Dolgorukiy dari Kiev menjemput putera Republik Novgorod dengan perkataan-perkataan "marilah melawat aku, saudara, [marilah] ke Moscow."[3] Sembilan tahun kemudian, pada tahun 1156, Yuri Dolgorukiy memberikan perintah untuk membina sebuah dinding kayu untuk mengelilingi Moscow yang sedang berkembang. Dinding itu terpaksa dibina banyak kali.[4] Selepas penjarahan Moscow pada tahun 1237-1238, ketika oleh orang-orang Mongolia membakar bandar raya ini dan membunuh penduduknya, Moscow pulih dan menjadi ibu kota sebuah kerajaan yang berasingan pada 1327.[5] Kedudukannya yang baik di hulu air Sungai Volga menghasilkan pembangunan yang tetap dan selama bertahun-tahun, Moscow menjadi sebuah kerajaan yang stabil serta makmur, dan menarik banyak orang pelarian dari seluruh Rusia.

Di bawah Ivan I, Moscow mengambil alih Tver sebagai ibu kota Vladimir-Suzdal dan menjadi pemungut cukai yang tunggal kepada pemerintah-pemerintah Mongolia. Melalui pembayaran ufti yang tinggi, Ivan memenangi konsesi yang penting daripada Khan. Berbeza dengan kerajaan-kerajaan yang lain, Moscow tidak dibahagikan antara anak-anak lelaki Ivan I tetapi diwarisi keseluruhannya kepada anak sulungnya. Pada 1380, Putera Dmitry Donskoy dari Moscow mengetuai seangkatan tentera Rusia yang bersatu untuk mencapai satu kemenangan yang penting terhadap orang Mongolia dalam Perang Kulikovo. Selepas itu, Moscow memainkan peranan yang utama untuk membebaskan Rusia daripada penguasaan Mongolia. Pada 1480, Ivan III akhirnya membebaskan orang Rusia daripada penguasaan orang Tatar, dan membenarkan Moscow menjadi pusat kuasa di Rusia.[6] Ibu kota Rusia yang telah berpindah dari Kiev ke Vladimir, bertapak di bandar raya ini pada keakhiran pemerintahannya, dan Moscow sekali lagi menjadi ibu kota sebuah empayar yang kemudian merangkumi semua kawasan hari ini, iaitu Rusia, Siberia, dan bahagian-bahagian kawasan yang lain.

Abad ke-17[sunting | sunting sumber]

Abad ke-17 memperlihatkan banyak pemberontakan yang popular di Moscow, seperti pembebasan Moscow daripada penyerang Poland (1612), Rusuhan Garam (1648), Rusuhan Tembaga (1662), serta Pemberontakan Moscow (1682). Moscow berhenti menjadi ibu kota Rusia pada 1712, selepas pengasasan St. Petersburg oleh Peter Agung di pantai Baltik pada tahun 1703. Ketika Napoleon Bonaparte menyerang pada 1812, orang Moscow membakar bandar raya mereka sendiri dan memindahkan diri apabila angkatan Napoleon mendekati pada 14 September. Dilanda oleh kelaparan, kesejukan, dan saluran bekalan yang buruk, Angkatan Napoleon terpaksa berundur.

Abad ke-19[sunting | sunting sumber]

Pada Januari 1905, jawatan Gabenor Bandar Raya, atau Datuk Bandar diperkenalkan secara rasmi di Moscow, dan Alexander Adrianov menjadi datuk bandar Moscow yang pertama. Menyusul kejayaan Pemberontakan Rusia pada 12 Mac 1918, Moscow menjadi ibu negara Republik Sosialis Persekutuan Soviet Rusia dan Kesatuan Soviet, kurang daripada lima tahun kemudian.[7]

Tembok Kremlin dan latar langit Moscow, dengan Katedral Christ si Penyelamat di kiri dan Kremlin di kanan

Semasa Perang Patriotik Besar, Jawatankuasa Pertahanan dan Pegawai Turus Angkatan Tentera Merah Soviet ditempatkan di Moscow. Pada 1941, 16 divisyen sukarelawan negara (melebihi 160,000 orang), 25 batalion (18,500 orang) dan empat rejimen kejuruteraan ditubuhkan antara orang Moscow. Pada November 1941, Pusat Kumpulan Angkatan Tentera Jerman dihentikan di pinggir bandar raya dan kemudian diundurkan semasa Perang Moscow. Banyak kilang dipindahkan, bersama-sama dengan kebanyakan kerajaan, dan dari 20 Oktober, bandar raya Moscow diisytiharkan berada di bawah pengepungan. Penduduk yang tinggal membina dan mengendalikan pertahanan antikereta kebal ketika bandar raya itu dibedil dari udara. Joseph Stalin enggan meninggalkan bandar raya dan oleh itu, pegawai-pegawai turus dan majlis komisar rakyat terpaksa mengiringinya. Walaupun menghadapi pengepungan dan pengeboman, pembinaan sistem metro Moscow yang dimulakan pada awal dekad 1930-an diteruskan sepanjang peperangan dan pada akhir perang, beberapa landasan metro yang baru dibuka.

Pada 1 Mei 1944, pingat Untuk Pertahanan Moscow dan pada tahun 1947, lagi satu pingat, Untuk Peringatan Hari Ulang Tahun Moscow ke-800 diperkenalkan. Bagi peringatan hari ulang tahun bagi kemenangan Perang Dunia II yang diadakan pada 8 Mei 1965, Moscow merupakan salah satu daripada 12 bandar raya Soviet yang dianugerahkan dengan gelaran Bandar Raya Pahlawan.

Pada 1991, Moscow merupakan tempat percubaan rampasan kuasa oleh ahli-ahli kerajaan yang menentang pembaharuan Mikhail Gorbachev. Ketika Kesatuan Soviet dibubarkan pada tahun yang sama, Moscow terus merupakan ibu negara Persekutuan Rusia. Sejak masa itu, kemunculan ekonomi pasaran di Moscow telah menghasilkan ledakan peruncitan, perkhidmatan, seni bina, dan gaya hidup yang bersifat gaya Barat.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Karel Neubert. "Portrait of Moscow". 1964
  • Albert J. Schmidt. "The Architecture and Planning of Classical Moscow: A Cultural History". 1989
  • Kathleen Berton. "Moscow: An Architectural History". St. Martin's, 1991
  • Marcel Girard. "Splendours of Moscow and Its Surroundings", trans. from French. 1967
  • John Bushwell. "Moscow Graffiti: Language and Subculture". Unwin Hyman, 1990
  • S.S. Hromov et al. (eds.). "History of Moscow: An Outline", trans. from Russian. 1981
  • Galina Dutkina. "Moscow Days: Life and Hard Times in the New Russia". Trans. Catherine Fitzpatrick. Kodansha America, 1995

Nota dan rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ (Rusia) "СТОЛИЦА РОССИЙСКОЙ ФЕДЕРАЦИИ В ЗЕРКАЛЕ ЦИФР, ФАКТОВ И СОБЫТИЙ". Kerajaan Moscow. Dicapai pada 2006-07-07.
  2. ^ Boykewich, Stephen (2006-06-27). "Moscow Dinamai Sebagai Bandar Raya Yang Termahal di Dunia". The Moscow Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-07-02. Dicapai pada 2006-07-03. Check date values in: |date= (bantuan)
  3. ^ Comins-Richmond, Walter. "Sejarah Moscow". Kolej Occidental. Dicapai pada 2006-07-03.
  4. ^ "Rusia Menghadapi Dunia: Pembinaan Kremlin, 1156-1516". Perpustakaan Awam New York. Dicapai pada 2006-07-03.
  5. ^ "Di sepanjang Cecincin Emas Moscow" (PDF). Pusat Maklumat Pelancong Moscow. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2012-01-17. Dicapai pada 2006-07-05.
  6. ^ Vogel, Michael. "Hubungan Mongolia: Pengaruh-pengaruh Mongolia pada Pembangunan Moscow". Universiti Indiana South Bend. Dicapai pada 2006-07-03.
  7. ^ "Geografi". Kedutaan Rusia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2001-02-17. Dicapai pada 2006-07-18.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Maklumat am[sunting | sunting sumber]

Media[sunting | sunting sumber]

  • The Moscow Times – laman web rasmi untuk akhbar bahasa Inggeris yang terutama di Moscow
  • The Moscow News – salah satu daripada akhbar bahasa Inggeris yang tertua di Moscow
  • (Rusia) NTV – salah satu daripada syarikat penyiaran yang terbesar di Rusia

Imej[sunting | sunting sumber]


Divisyen pentadbiran Rusia Bendera Russia
Subjek persekutuan
Republik: Adygeya | Altai | Bashkortostan | Buryatia | Chechnya | Chuvashia | Dagestan | Ingushetia | Kabardino-Balkaria | Karelia | Khakassia | Komi | Kalmykia | Karachay-Cherkessia | Mari El | Mordovia | Ossetia Utara-Alania | Sakha | Tatarstan | Tuva | Udmurtia
Jajahan (Krai): Altai | Khabarovsk | Krasnodar | Krasnoyarsk1 | Perm | Primorsky | Stavropol
Wilayah (Oblast): Amur | Arkhangelsk | Astrakhan | Belgorod | Bryansk | Chelyabinsk | Chita | Irkutsk2 | Ivanovo | Kaliningrad | Kaluga | Kamchatka3 | Kemerovo | Kirov | Kostroma | Kurgan | Kursk | Leningrad | Lipetsk | Magadan | Moscow | Murmansk | Nizhny Novgorod | Novgorod | Novosibirsk | Omsk | Orenburg | Oryol | Penza | Pskov | Rostov | Ryazan | Sakhalin | Samara | Saratov | Smolensk | Sverdlovsk | Tambov | Tomsk | Tula | Tver | Tyumen | Ulyanovsk | Vladimir | Volgograd | Vologda | Voronezh | Yaroslavl
Bandar raya
persekutuan:
Moscow | St. Petersburg
Wilayah Autonomi: Yahudi
Negeri Autonomi: Aga Buryatia | Chukotka | Evenkia1 | Khantia-Mansia | Koryakia3 | Nenetsia | Taymyria1 | Ust-Orda Buryatia2 | Yamalia
  1. Pada 1 Januari 2007, Evenk dan Negeri autonomi Taymyr akan digabungkan menjadi Jajahan Krasnoyarsk.
  2. Pada 1 Januari 2008, Negeri autonomi Ust-Orda Buryat akan digabungkan menjadi Wilayah Irkutsk.
  3. Pada 1 Julai 2007, Wilayah Kamchatka dan Negeri autonomi Koryak akan digabungkan menjadi Jajahan Kamchatka.
Daerah persekutuan
Barat Laut | Selatan | Siberia | Tengah | Timur Jauh | Ural | Volga
Bandar Raya Pahlawan untuk bekas Kesatuan Soviet Flag of the Soviet Union

Odessa | Kiev | Kubu Brest | Kerch | Leningrad | Minsk | Moscow | Murmansk | Novorossiysk | Sevastopol | Smolensk | Stalingrad | Tula

55°45′8″N 37°36′56″E / 55.75222°N 37.61556°E / 55.75222; 37.61556