Yahoo!

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Yahoo! Inc.
Awam (NASDAQ: [1])
ISINUS0213461017 Edit this on Wikidata
IndustriInternet, Perisian komputer
DitubuhkanSanta Clara, California
(1 Mac, 1995)
PengasasDavid Filo, Jerry Yang
Ibu pejabat701 First Avenue
Sunnyvale, California
, USA
Tempat diberi khidmat
Seluruh dunia
Tokoh penting
Fred Amoroso (Pengerusi)
Marissa Mayer (CEO)
Keluaran(Lihat produk Yahoo!)
Hasil AS$ 04.98 bilion (2012)[1]
AS$ 0566 juta (2012)[1]
AS$ 03.94 bilion (2012)[1]
Jumlah aset AS$ 17.10 bilion (2012)[1]
Jumlah ekuiti AS$ 14.56 bilion (2012)[1]
Bilangan kakitangan
14,100 (2012)[2]
Laman web rasmi
www.yahoo.com

Yahoo! dimulakan pada tahun 1994 oleh dua orang pelajar kolej bernama David Filo dan Jerry Yang. Mereka memulakan Yahoo sebagai satu cara menjejak minat mereka di Internet. Mereka tidak pernah membayangkan bahawa usaha di talian mereka akan menjadi salah satu jenama paling terkemuka di Internet.

Panduan Yahoo dengan pantas menjadi popular sebagai tapak popular bagi mendapati laman Internet berguna. Pada musim luruh 1994, Yahoo mencecah capaian sejuta sehari, iaitu hampir 100 ribu pelawat unik. Kini Yahoo merupakan salah satu laman tertinggi dilawati di internet, menerima melebihi 345 juta pengunjung setiap bulan.

Sepanjang tahun kewujudannya, Yahoo telah melalui beberapa pertukaran muka utama. Anda boleh melihat sejarah bergambar melalui tapak laman WayBackMachine (http://web.archive.org/web/*/http://www.yahoo.com). Yahoo kini berkembang kepada portal talian terbesar, menawarkan semua perkara dari membeli-belah, video, dan siaranpod (podcasts) untuk kewangan, berita, harta tanah, dan persendirian.

Terdapat pelbagai cara bagi mendedahkan laman Web seseorang pada portal Yahoo. Antaranya adalah:-

Kata laluan Yahoo dicuri[sunting | sunting sumber]

Pada 13 Julai 2012, agensi berita AP melaporkan lebih 450,000 akaun e-mel dan kata laluan Yahoo dicuri berikutan masalah keselamatan dan syarikat itu. Rangkaian Penyumbang Yahoo yang menyimpan fail lama adalah punca kebocoran akaun e-mel dan kata laluan.[3]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e "2010 Form 10-K, Yahoo! Inc". Google. 28 Februari 2011. Dicapai pada 4 April 2011.
  2. ^ Kara Swisher (5 Mac 2012). "Yahoo's New CEO Preps Major Restructuring, Including Significant Layoffs". All Things D. Dow Jones & Company Inc. Dicapai pada 2 Julai 2012.
  3. ^ Yahoo sahkan 450,000 kata laluan pelanggan dicuri