Peraturan Sokongan (selepas ini dirujuk sebagai "Peraturan”) untuk Perisian Kaspersky (selepas ini dirujuk sebagai "Perisian”) menjelaskan sokongan teknikal (selepas ini dirujuk sebagai "Sokongan") yang diberikan oleh Kaspersky kepada Penggunanya. Kaspersky berhak untuk mengubah Peraturan ini dan akan menerbitkan versi terkini di https://support.kaspersky.com/.
Perisian yang disokong adalah seperti yang berikut:
Sokongan Teknikal Kaspersky berusaha sedaya upaya untuk memberikan sokongan yang berkualiti dalam tempoh masa yang sewajarnya, bergantung pada jenis permintaan sokongan tersebut. Kewajipan untuk memberi tindak balas dalam suatu tempoh masa yang tetap hanya dapat ditawarkan sebagai sebahagian daripada perkhidmatan berbayar.
Terma dan syarat sokongan untuk sesetengah Perisian mungkin berbeza daripada terma dan syarat yang standard. Terma dan syarat boleh didapati di sini.
Beberapa perkhidmatan yang tidak termasuk dalam Sokongan Standard mungkin ditawarkan sebagai sebahagian daripada perkhidmatan berbayar.
Kaspersky menyediakan Perkhidmatan Profesional dan Sokongan Premium. Pakar terbaik Kaspersky akan membantu anda dengan sebarang tugas dan kesukaran yang mungkin dihadapi semasa menggunakan penyelesaian keselamatan.
Maklumat terperinci tentang Perkhidmatan Profesional boleh didapati di sini.
Maklumat terperinci tentang Sokongan Premium boleh didapati di sini.
Ketersediaan dan kandungan perkhidmatan berbayar berbeza mengikut penyedia perkhidmatan wilayah dan setempat.
Kaspersky menjamin penyediaan Sokongan Teknikal untuk Perisian, menurut Perjanjian Lesen Pengguna Akhir ("Perjanjian") dan Peraturan ini.
Sokongan Teknikal Kaspersky boleh meminta Pengguna untuk melaksanakan utiliti Kaspersky tambahan (alat perisian) jika dianggap perlu untuk mengendalikan suatu permintaan.
Setelah memproses suatu permintaan dan dilakukan secara berkala, Kaspersky berhak untuk meminta Pengguna memberikan maklum balas tentang kualiti perkhidmatan yang telah diberikan.
Semasa berkomunikasi dengan Sokongan Teknikal, Pengguna mesti memberikan Kaspersky respons yang tepat pada masanya, maklumat mengenai Lesen yang dibeli dan apa-apa maklumat yang diperlukan untuk memproses permintaan tersebut dengan betul.
Maklum balas tentang kerja Sokongan Teknikal boleh dikemukakan seperti berikut:
サイトのデザインに関するご感想や、問題点などをご報告ください。
お寄せ頂きましたフィードバックは、今後のサイトの改善に役立てて参ります。
いただきました貴重なご意見は、サポートページ改善のために役立てさせていただきます。 サポートエンジニアによる支援を希望される場合、テクニカルサポートをご利用ください。
ご提案いただきました内容は今後の記事改善に役立てて参ります。