Laman Utama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
سلامت داتڠ کويکيڤيديا
Versi Bahasa Melayu telah dimulakan pada (2002-10-26) 26 Oktober 2002 (umur 19).
Kini, kami mempunyai 357,170 buah rencana.

Rencana pilihan

Aziz M. Osman pada 2016

Leftenan Adnan merupakan sebuah filem perang drama Malaysia 2000 arahan Aziz M. Osman (gambar) dengan skrip oleh Aziz dan Mejar Ramli Abu Bakar terbitan bersama Paradigm Film dan Markas Tentera Darat, Kementerian Pertahanan Malaysia. Dibintangi oleh Hairie Othman sebagai watak tajuk, Umie Aida, Faizal Hussein, Rusdi Ramli, Shaharuddin Thamby, Rambo Chin dan Wahid Senario, ia mengisahkan perjuangan pegawai tentera Tanah Melayu, Adnan Saidi (juga dikenali sebagai Leftenan Adnan), yang bertarung nyawanya demi menyelamatkan Tanah Melayu daripada penaklukan Tentera Jepun semasa Perang Dunia II.

Filem ini ialah projek yang telah lama dinantikan oleh Aziz. Ia diterbitkan dengan belanjawan sebanyak RM2.5 juta dengan jumlah pelakon dan krew melebihi 1,000 orang, sekaligus mencatat rekod sebagai filem paling mahal dan penerbitan terbesar dalam sejarah perfileman Melayu. Penggambaran dijalankan pada Februari dan Mac 2000 di Perak, Negeri Sembilan dan Johor.

Leftenan Adnan ditayangkan pada 31 Ogos 2000 bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-43 dan menerima pelbagai ulasan positif serta telah meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM4.8 juta. Ia telah memenangi 2 anugerah di Festival Filem Asia Pasifik ke-45 dan 4 anugerah di Festival Filem Malaysia ke-15. Biarpun aspek seni filem ini diterima baik, ketetapan salah mengenai sejarahnya telah menerima kritikan. Pada tahun 2020, versi diperbaharui filem ini telah dikeluarkan bersempena dengan ulang tahunnya yang ke-20. (Rencana penuh...)

Berita terkini

B-1791, pesawat yang terlibat dalam nahas itu, gambar diambil pada 2015
B-1791, pesawat yang terlibat dalam nahas itu

Tahukah anda...

Angpau
  • "... bahawa sesiapa sahaja yang belum berkahwin layak menerima angpau tanpa mengira usia?"  
  • "... bahawa adalah sukar atau mustahil untuk mendapatkan polisi insurans bagi melindungi harta yang rosak akibat banjir?" 

Hari ini dalam sejarah

31 Mac: Hari César Chávez di pelbagai negeri Amerika Syarikat; Hari Pembebasan di Malta.

Menara Eiffel

Hari-hari sebelum: 30 Mac29 Mac28 Mac

Gambar pilihan

Pemandangan Yekaterinburg

Yekaterinburg, dulunya Sverdlovsk (Свердло́вск) ialah bandar utama di bahagian tengah Rusia. Ia merupakan pusat pentadbiran Wilayah Sverdlovsk. Bandar ini terletak di bahagian timur banjaran gunung Ural dan merupakan pusat utama industri dan kebudayaan Daerah Persekutuan Urals. Penduduknya berjumlah 1,293,537 (bancian tahun 2002); menjadikannya bandar raya terbesar Rusia. Di antara tahun 1924 dan 1991, bandar ini dikenali sebagai Sverdlovsk sempena pemimpin Bolshevik Yakov Sverdlov.

Gambar tersebut merupakan sebuah pemandangan Bandar Yekaterinburg dan Sungai Iset dari Vysotsky.

Kredit gambar: A.Savin

Wikipedia dalam bahasa lain (mengikut susunan jumlah rencana) Wikipedia dalam bahasa lain

Wikimedia-logo.svg Projek Wikimedia yang lain

Wikipedia ialah projek Yayasan Wikimedia, sebuah organisasi bukan untung yang turut mengendalikan beberapa projek pelbagai bahasa yang lain.


Wiktionary small.svg
Wikikamus
Kamus bebas
Wikinews-logo.svg
Wikiberita
Sumber berita bebas
Wikiquote-logo.svg
Wikiquote
Koleksi petikan kata
Wikibooks-logo.svg
Wikibuku
Buku teks dan manual bebas
Wikispecies-logo.svg
Wikispecies
Panduan spesies
Wikisource-logo.svg
Wikisumber
Perpustakaan bebas
Wikiversity-logo.svg
Wikiversity Beta
Bahan pelajaran bebas
Commons-logo.svg
Commons
Koleksi multimedia bebas
Wikimedia Community Logo.svg
Meta-Wiki
Penyelarasan projek Wikimedia
Wikivoyage-Logo-v3-icon.svg
Wikivoyage
Panduan perjalanan bebas
Wikidata-logo.svg
Wikidata
Pangkalan pengetahuan bebas
MediaWiki-2020-icon.svg
MediaWiki
Pembangunan perisian bebas