Piza

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Piza
New York-Style Pizza.png
Piza yang baru dimasak
Jenis sajianMakan tengahari atau malam
Tempat asal Itali
Suhu penghidanganPanas atau suam
Bahan utamaDoh, sos (biasanya sos tomato), keju
di Wikibuku Buku Masakan: Piza  Media berkenaan di Wikimedia Commons Media: Piza

Piza (Tulisan Jawi: ڤيزا) merupakan makanan segera yang sangat popular pada masa kini. Pizza bukan sahaja sangat popular di Amerika Syarikat dan Itali tetapi makanan ini sudah mula terkenal di negara Malaysia. Malah, banyak restoran pizza yang tumbuh di negara Malaysia seperti Pizza Hut, Shakey`s Pizza, Domino Pizza, dan lain-lain lagi.

Piza biasanya berasaskan doh mendahului dengan tomato, keju, dan sering pelbagai bahan-bahan lain (seperti ikan bilis , cendawan, bawang, zaitun, nanas, daging, dan lain-lain), yang kemudian dipanggang pada suhu tinggi, secara tradisional di dalam ketuhar dengan api kayu.[1]

Di Itali, piza yang disajikan dalam suasana formal, seperti di restoran, disajikan tanpa roti, dan dimakan dengan menggunakan pisau dan garpu.[2][3] Namun, dalam suasana santai, dipotong menjadi pisau untuk dimakan sambil dipegang di tangan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Neapolitan Pizza Margherita

Yunani Purba melitupi roti mereka dengan minyak, herba dan keju.[4] Roman pula mencipta kek plasenta, sekeping doh dihiasi dengan keju dan madu dan berperasa daun bay.[petikan diperlukan]

Berdasarkan sejarah, masyarakat di sekitar laut tengah telah menghasilkan roti yang bentuknya seperti bentuk roti pizza. Kemudian, orang Yunani zaman dahulu memakan roti yang dipanggil plankuntos bersama lauk yang diletak pada atasnya. Roti tersebut diadun daripada tepung yang diuli dengan air. Kemudiannya dileperkan dan dibakar di atas batu yang dipanaskan di bawah cahaya matahari. Seterusnya, apabila manusia telah pandai menghasilkan api di dalam tungku. Perkataan pizza juga dianggap sebagai turutan dari perkataan Yunani iaitu picea.

Jenis[sunting | sunting sumber]

Piza Napolita dan Margherita[sunting | sunting sumber]

Pizza Neapolita yang dimasak

Penciptaan pizza yang sempurna berlaku pada zaman renaissance di Napoli, Itali. Para petani di sana membuat roti tawar dari gandum dan minyak zaitun. Manakala di tengah-tengahnya pula ditabur hirisan keju mozzarella. Seterusnya tomato diperkenalkan. Campuran tomato menjadikan pizza itu lebih lazat. Dengan itu, keju mozzarella dan tomato menjadi bahan utama dalam penyediaan pizza.

Oleh itu, tidak hairanlah dikatakan kota Napoli merupakan ibu kota pizza. Malah, pizza Napolita adalah salah satu pizza yang paling popular di dunia. Pizza bukan termasyhur di kalangan rakyat biasa, malah di kalangan golongan istana. Dengan itu, muncul pizza Margherita yang diambil sempena nama Ratu Margherita dari Itali.

Pizza telah dibawa ke Amerika Syarikat dan menjadi terkenal dalam sekelip mata. Malah, pizza sudah menjadi pilihan masyarakat di seluruh dunia.

Piza sate[sunting | sunting sumber]

Pizza satay.gif
Pizza Satay

Piza sate adalah ciptaan Malaysia dan sekarang terkenal di Nusantara Melayu, terutamanya di Malaysia, dan juga di negara seperti Amerika Syarikat dan Australia. Piza jenis inilah telah membuat makanan Malaysia berbeza dari negara-negara lain di Asia (contohnya Thailand dengan sos cili manis dan Jepun dengan sushi).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "144843". Oxford English Dictionary (ed. 3rd). Oxford University Press. September 2005. (Langganan atau keahlian perpustakaan awam UK diperlukan.)
  2. ^ Naylor, Tony (6 September 2019). "How to eat: Neapolitan-style pizza". The Guardian. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 September 2019. Dicapai pada 20 September 2019.
  3. ^ Godoy, Maria (13 January 2014). "Italians To New Yorkers: 'Forkgate' Scandal? Fuhggedaboutit". National Public Radio. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 September 2019. Dicapai pada 20 September 2019.
  4. ^ Talati-Padiyar, Dhwani. Travelled, Tasted, Tried & Tailored: Food Chronicles. ISBN 1304961354. Dicapai pada 4 Januari 2015.