Falun Gong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Falun Gong

Falun8.svg

Cina Tradisional:
Cina Ringkas:
Maksud harfiah: Amalan Cakera Hukum
Falun Dafa
Tulisan Tradisional:
Tulisan Ringkas:
Maksud harfiah: Hukum Besar Cakera Hukum

Falun Gong atau Falun Dafa ialah satu amalan kerohanian yang diperkenalkan kepada orang awam di China oleh Li Hongzhi (李洪志) pada tahun 1992.[1] Falun Gong ada lima set senaman dan meditasi yang bertujuan untuk mengembangkan hati dan perwatakan para pengamal mengikut prinsip "Sejati, Baik, dan Sabar" (), seperti yang diterangkan dalam kitab utamanya iaitu Zhuan Falun (轉法輪).[2] Ajarannya membincangkan perihal "memupuk nilai murni dan peribadi yang tinggi", "keperluan nilai akhlak yang berbeza bagi peringkat golongan yang berbeza", dan "menyelamatkan segala kehidupan yang berperasaan." Kitab-kitab ini telah diterjemahkan kepada lebih daripada 40 bahasa.

Menurut Profesor David Ownby, Falun Gong berkembang sebagai sebahagian "ledakan qigong" 1990-an, dan memahami dirinya dari segi tradisi "amalan pemupukan" (修煉 xiūliàn) yang berkurun-kurun lamanya.[3] Ahli sinologi Profesor Barend ter Haar menyatakan bahawa Falun Gong ialah satu amalan keagamaan Cina serba baru yang dibentuk oleh revolusi Maoisme.[4] Seorang lagi ahli sinologi, Benjamin Penny, bersependapat dengan menunjukkan bahawa walaupun berupa "sistem pemupukan qigong"[5], penekanan yang besar pada akhlak memperlihatkannya sebagai suatu agama.[6] Penny menganggap Falun Gong sebagai salah satu fenomena terpenting yang timbul di China pada 1990-an.[5]

Falun Gong telah digambarkan dalam pelbagai bentuk oleh para penyelidik, media, dan perbincangan awam. Walaupun dipersendakan pakar psikologi Margaret Singer sebagai "kultus" semata-mata,[7] Edelman dan Richardson berhujah pula ini tiada"penentusahan empirik atau penerimaan am di kalangan komuniti saintifik," dan label yang digunakan semata-mata untukmenganiaya amalan ini.[8] Hakim Rousseau di Mahkamah Tinggi Quebec mengisytihakan Falun Gong sebagai "kontroversi" dalam satu keputusan pada tahun 2005. Livia Kohn, Profesor Kajian Agama dan Asia Timur di Universiti Boston dan juga pengkaji Taoisme, menyanjunginya kerana mencatat "kadar kejayaan tinggi dalam melahirkan masyarakat lebih peramah, persekitaran sosial yang lebih berharmoni, serta peningkatan kesihatan dan tenaga."[9]

Pada bulan April 1999, 10,000 orang pengamal Falun Gong merayu secara aman di ibu pejabat Parti Komunis China di Zhongnanhai mengenai insiden pembelasahan dan penahanan di Tianjin ketika itu.[10][11][12] Dua bulan kemudian, kerajaan China memulakan penindasan besar-besaran terhadap Falun Gong, termasuk peluasan propaganda, penyeksaan, penahanan tidak sah, buruh paksa, dan penganiayaan psikiatri. Falun Gong meliputi 66% dari segala kes seksaan yang dilaporkan di China, dan sekurang-kurangnya separuh daripada semua buruh paksa.[13][14][15][16][17][18][19]

Toronto Falun Gong Exercises 3.jpg

Jumlah bilangan pengamal Falun Gong yang betul masih tidak jelas: perangkaan kerajaan China pada tahun 1998 meramalkan terdapat 70 juta orang pengamal di China ketika itu[20]; Falun Gong mengaku ada 100 juta orang pengamal di lebih 80 negara.[21]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Statement of Professor David Ownby Diarkibkan 2008-03-26 di Wayback Machine, Unofficial Religions in China: Beyond the Party's Rules, 2005
  2. ^ "Zhuan Falun". www.falundafa.org. 2000-03-01. Dicapai pada 2007-08-16. Check date values in: |date= (bantuan)
  3. ^ Ownby, David, "A History for Falun Gong: Popular Religion and the Chinese State Since the Ming Dynasty", Nova Religio, Vol. ,pp. 223-243
  4. ^ Haar, Barend ter, "Evaluation and Further References Diarkibkan 2008-12-16 di Wayback Machine".
  5. ^ a b Benjamin Penny, The Past, Present, and Future of Falun Gong, 2001, accessed 16/3/08
  6. ^ Falun Gong: Cult or Culture?, ABC Radio National, 22 April 2001
  7. ^ Falun Gong Derided as Authoritarian Sect by Anti-Cult Experts in Seattle, San Francisco Chronicle, April 29, 2000
  8. ^ Brian Edelman dan James T. Richardson, "Imposed limitations of Freedom of Religion in China: A Legal Analysis of the Crackdown on the Falun Gong and other "Evil Cults," Journal of Church and State (Vol. 47, Issue 2), pp. 243-268
  9. ^ Livia Kohn, Daoism and Chinese Culture, p. 198 (Massachusetts: Three Pines Press, 2001)
  10. ^ Controversial New Religions, The Falun Gong: A New Religious Movement in Post-Mao China, David Ownby P.195 ISBN 0195156838
  11. ^ Reid, Graham (29 April-5 Mei 2006) "Nothing left to lose", New Zealand Listener, retrieved 6 Julai 2006
  12. ^ Danny Schechter, Falun Gong's Challenge to China: Spiritual Practice or Evil Cult?, Akashic books: New York, 2001, p. 66
  13. ^ "House Measure Calls on China to Stop Persecuting Falun Gong". US Department of State. 2002-07-24. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-15. Dicapai pada 2007-08-16. Check date values in: |date= (bantuan)
  14. ^ Johnson, Ian, Wild Grass: three portraits of change in modern china, Vintage (March 8, 2005)
  15. ^ Leung, Beatrice (2002) 'China and Falun Gong: Party and society relations in the modern era', Journal of Contemporary China, 11:33, 761 – 784
  16. ^ (23 Mac 2000) The crackdown on Falun Gong and other so-called heretical organizations, Amnesty International
  17. ^ PBB (4 Februari 2004) Press Release HR/CN/1073, dicapai pada 12 September 2006
  18. ^ Report of the Special Rapporteur on torture and other cruel, inhuman or degrading treatment or punishment: MISSION TO CHINA, Manfred Nowak, PBB, Table 1: Victims of alleged torture, p. 13, 2006, dicapai pada 12 Oktober 2007
  19. ^ International Religious Freedom Report 2007, US Department of State, 14 September 2007, dicapai pada 28 September 2007
  20. ^ Notoriety Now for Movement's Leader
  21. ^ "Answers to Commonly Asked Questions about Falun Gong", Falun Dafa Clearwisdom.net, retrieved 10 Jun 2006

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Laman Falun Gong[sunting | sunting sumber]

Laman kritikan[sunting | sunting sumber]

Laman lain[sunting | sunting sumber]