Kuih

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Kuih/Kueh
کوءيه-موءيه
Nyonya Kuih in Different Colour.jpg
Pelbagai kuih berwarna-warni di Malaysia.
Nama alternatifKue (Indonesia)
Jenis sajianSnek
Tempat asalMalaysia dan Singapura
Bahan utamaPelbagai snek traditional
di Wikibuku [[:wikibooks:Special:Search/Cookbook: Kuih/Kueh
کوءيه-موءيه|Buku Masakan: Kuih]]  Media berkenaan di Wikimedia Commons [[:c:Special:Search/Kuih/Kueh
کوءيه-موءيه|Media: Kuih]]
Pelbagai jenis kuih yang boleh didapati di pasar

Kuih (Jawi: کوءيه; Mal., Sin., bentuk jamak: kuih-muih کوءيه-موءيه), kueh (Sin.) atau kue (sstgh tempat Ind.) adalah makanan ringan atau pencuci mulut bersaiz kecil yang biasa ditemui serata Nusantara termasuk Indonesia, Malaysia, Singapura. Kuih-muih ini seringkali mempunyai rasa manis, namun ada juga yang dimasak dengan rasa berlauk.[1]

Gambaran umum[sunting | sunting sumber]

Perkataan "kuih", "kueh" dan "kue" ini kesemuanya meminjam dari kata bahasa Hokkien 粿 koé[2] merujuk kepada potongan cemilan yang dimasak dari tepung beras. Istilah turunan ini pada dahulunya khusus kepada makanan yang dibuat secara dikukus menggunakan nasi atau pulut; namun ia kini merangkum luas yang boleh termasuk bahan makanan difahamkan dalam cara Barat lebih kepada rupa kek, puding, biskut ataupun pastri.

Ramuan asas yang ada pada hampir semua kuih tradisi termasuk santan, kelapa, gula melaka dan daun pandan.[3]

Kuih-muih lazim tiada masa khusus untuk dihidangkan, ia boleh sahaja dijamu secara berkudapan tetapi ia lebih dinikmati pada waktu sarapan ataupun semasa minum petang bersama minuman panas seperti teh atau kopi.[3] Ia juga dihidangkan semasa acara keramaian penting seperti hari raya mahupun majlis seperti perkahwinan.[3]

Jenis[sunting | sunting sumber]

Kuih boleh digolongkan secara bahan digunakan dan cara dimasak:[4][5]

  • kuih basah atau kue basah: kuih yang cenderung mengandungi isi berair atau lembap
  • kuih kering atau kue kering: kuih yang mempunyai tekstur kering dibuat secara membakar.

Senarai kuih tradisional[sunting | sunting sumber]

Galeri[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Opalyn Mok (27 March 2016). "Malaysian kuih: A marriage of flavours and cultures". The Malay Mail. Dicapai pada 4 September 2017.
  2. ^ "Kata Serapan Bahasa Cina". Scribd (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-07-02.
  3. ^ a b c Wong, Julie; Teoh, Debbie (20 Julai 2014). "Snack attack: Malaysian kuih". The Star.
  4. ^ "Perbedaan Kue Basah dan Kue Kering Yang Kamu Mungkin Belum Tahu". Inspirasi Baking by PT Sriboga Flour Mill (dalam bahasa Inggeris). 2018-04-27. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-02. Dicapai pada 2018-07-02.
  5. ^ "kuih". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.