Laman Utama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
سلامت داتڠ کويکيڤيديا
Versi Bahasa Melayu telah dimulakan pada (2002-10-26) 26 Oktober 2002 (umur 19).
Kini, kami mempunyai 356,810 buah rencana.

Rencana pilihan

Aziz M. Osman pada 2016

Leftenan Adnan merupakan sebuah filem perang drama Malaysia 2000 arahan Aziz M. Osman (gambar) dengan skrip oleh Aziz dan Mejar Ramli Abu Bakar terbitan bersama Paradigm Film dan Markas Tentera Darat, Kementerian Pertahanan Malaysia. Dibintangi oleh Hairie Othman sebagai watak tajuk, Umie Aida, Faizal Hussein, Rusdi Ramli, Shaharuddin Thamby, Rambo Chin dan Wahid Senario, ia mengisahkan perjuangan pegawai tentera Tanah Melayu, Adnan Saidi (juga dikenali sebagai Leftenan Adnan), yang bertarung nyawanya demi menyelamatkan Tanah Melayu daripada penaklukan Tentera Jepun semasa Perang Dunia II.

Filem ini ialah projek yang telah lama dinantikan oleh Aziz. Ia diterbitkan dengan belanjawan sebanyak RM2.5 juta dengan jumlah pelakon dan krew melebihi 1,000 orang, sekaligus mencatat rekod sebagai filem paling mahal dan penerbitan terbesar dalam sejarah perfileman Melayu. Penggambaran dijalankan pada Februari dan Mac 2000 di Perak, Negeri Sembilan dan Johor.

Leftenan Adnan ditayangkan pada 31 Ogos 2000 bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-43 dan menerima pelbagai ulasan positif serta telah meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM4.8 juta. Ia telah memenangi 2 anugerah di Festival Filem Asia Pasifik ke-45 dan 4 anugerah di Festival Filem Malaysia ke-15. Biarpun aspek seni filem ini diterima baik, ketetapan salah mengenai sejarahnya telah menerima kritikan. Pada tahun 2020, versi diperbaharui filem ini telah dikeluarkan bersempena dengan ulang tahunnya yang ke-20. (Rencana penuh...)

Berita terkini

Tapak serangan peluru berpandu di Kyiv
Tapak serangan peluru berpandu di Kyiv

Tahukah anda...


  • "... bahawa para pemain rebut tiang akan berlumba-lumba menuju ke mana-mana tiang pilihan dengan cara berjalan itik?" 
  • "... bahawa Sungai Nil ialah sungai yang terpanjang di dunia, tetapi bukan yang terbesar?" 

Hari ini dalam sejarah

16 Mac:

Piala FA Inggeris

Hari-hari sebelum: 15 Mac14 Mac13 Mac

Gambar pilihan

Bunga api dalam GIF

Bunga api ialah sejenis peralatan yang dibina menggunakan bahan letupan lemah yang bertujuan sebagai estetik dan hiburan. Ia menghasilkan empat kesan utama: bunyi, api/cahaya yang berwarna, asap dan bahan terapung (seperti konfeti) melalui pembakaran bahan-bahan tertentu seperti serbuk letupan, sulfur dan pelbagai jenis bahan kimia yang lain, juga menghasilkan api dan asap berwarna melalui proses yang sama. Ia pernah didebatkan seluruh dunia kerana penghasilan asap yang beracun dan tidak mesra alam.

Bunga api telah dicipta oleh orang Cina purba pada kurun ke-12 untuk menghalau roh-roh jahat, dimana ia dicipta melalui penambahbaikan ubat bedilan Cina.

Video YouTube asal oleh 113icecream Japanese Fireworks, fail GIF dihasilkan oleh Jahobr

Gambar pilihan sebelum ini:

Wikipedia dalam bahasa lain (mengikut susunan jumlah rencana) Wikipedia dalam bahasa lain

Wikimedia-logo.svg Projek Wikimedia yang lain

Wikipedia ialah projek Yayasan Wikimedia, sebuah organisasi bukan untung yang turut mengendalikan beberapa projek pelbagai bahasa yang lain.


Wiktionary small.svg
Wikikamus
Kamus bebas
Wikinews-logo.svg
Wikiberita
Sumber berita bebas
Wikiquote-logo.svg
Wikiquote
Koleksi petikan kata
Wikibooks-logo.svg
Wikibuku
Buku teks dan manual bebas
Wikispecies-logo.svg
Wikispecies
Panduan spesies
Wikisource-logo.svg
Wikisumber
Perpustakaan bebas
Wikiversity-logo.svg
Wikiversity Beta
Bahan pelajaran bebas
Commons-logo.svg
Commons
Koleksi multimedia bebas
Wikimedia Community Logo.svg
Meta-Wiki
Penyelarasan projek Wikimedia
Wikivoyage-Logo-v3-icon.svg
Wikivoyage
Panduan perjalanan bebas
Wikidata-logo.svg
Wikidata
Pangkalan pengetahuan bebas
MediaWiki-2020-icon.svg
MediaWiki
Pembangunan perisian bebas