1963
Pergi ke navigasi
Pergi ke carian
- Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 1963. Bagi kegunaan lain, sila lihat 1963 (nombor).
Milenium: | milenium ke-2 |
---|---|
Abad: | |
Dekad: | |
Tahun: |
1963 merupakan tahun biasa yang bermula pada hari Selasa. Ia berlangsung dari 5 Syaaban 1382 hingga 14 Syaaban 1383.
Peristiwa[sunting | sunting sumber]
- 2 Januari: Pertempuran besar-besaran pertama berlaku di Ap Bac di antara pasukan Tentera Darat Vietnam Selatan seramai 1,400 orang dan pasukan Komunis Vietnam Selatan seramai 350 orang. Tentera Darat Vietnam Selatan kalah teruk dan mengalami 83 anggota terkorban dan 108 orang lain cedera sementara pihak tentera Komunis berjaya melepaskan diri dengan hanya 18 orang anggota terkorban.
- Sekolah Alam Shah, Cheras ditubuhkan.
Julai[sunting | sunting sumber]
- 27 Julai: Presiden Sukarno menyatakan dia akan menakhluk Malaysia - konfrontasi Indonesia-Malaysia.
September[sunting | sunting sumber]
- 16 September: Sebuah negara persekutuan baru diwujudkan di bawah nama Malaysia dengan persepakatan antara empat wilayah, iaitu Borneo Utara (Sabah), Sarawak, Singapura dan Malaya.
- Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi negara Malaysia.
Disember[sunting | sunting sumber]
- 28 Disember: RTM 1, stesen televisyen pertama Malaysia dilancarkan.
Tarikh tepat tidak pasti[sunting | sunting sumber]
- Kaset Padat, suatu format perakaman bunyi pita magnet yang seringnya dirujuk sebagai kaset audio, pita kaset, kaset, atau secara mudah sebagai pita, diperkenalkan oleh Philips di Eropah.
- Bahasa pengaturcaraan BASIC dihasilkan oleh John George Kemeny dan Thomas Eugene Kurtz di Kolej Dartmouth.
- ALGOL 63 dikemas kini.
- PL/1 mula dibangun.
- Charles Tandy membeli syarikat Radi Shack Corporation (Perbadanan Radio Shack) dengan percuma.
Kelahiran[sunting | sunting sumber]
- 27 Mac: Itje Trisnawati, penyanyi dan pelakon Indonesia
- 28 Ogos: Jennifer Coolidge, pelakon Amerika Syarikat