Apakah itu maklumat awam di Facebook?

Sesuatu yang awam boleh dilihat oleh sesiapa sahaja. Itu termasuk orang yang bukan rakan anda, orang di luar Facebook dan orang yang menggunakan media yang berbeza seperti percetakan, penyiaran (contoh: televisyen) dan laman lain di Internet. Sebagai contoh, jika anda menggunakan perkhidmatan kami untuk menyediakan komen awam masa nyata untuk rancangan televisyen, yang mungkin muncul pada rancangan tersebut atau di mana-mana sahaja di Facebook.
Apakah maklumat yang awam?
Maklumat yang anda kongsikan yang sentiasa tersedia secara awam: Sesetengah maklumat yang anda berikan kepada kami apabila anda mengisi profil anda adalah awam, seperti julat umur, bahasa dan negara anda. Kami juga menggunakan sebahagian daripada profil anda, yang dipanggil Profil Awam anda, untuk membantu anda berhubung dengan rakan dan keluarga. Profil Awam anda termasuklah nama, jantina, nama pengguna, ID pengguna (nombor akaun), gambar profil dan foto muka depan. Maklumat ini juga adalah awam. Beberapa cara ini dapat membantu kami menghubungkan anda adalah:
  • Nama, gambar profil dan foto muka depan anda membantu orang untuk mengenali anda.
  • Jantina membantu kami untuk memerihalkan anda (contoh: "Tambah dia sebagai rakan").
  • Menyenaraikan rangkaian anda (contoh: sekolah, tempat kerja) membenarkan orang lain untuk mencari anda dengan lebih mudah.
  • Nama pengguna dan ID pengguna (contoh: nombor akaun anda) terdapat dalam URL profil anda.
  • Julat umur membantu menyediakan kandungan yang bersesuaian dengan umur kepada anda.
  • Bahasa dan negara membantu kami menyediakan kandungan dan pengalaman yang bersesuaian.
Maklumat yang anda kongsikan secara awam: Apabila anda memilih untuk berkongsi sesuatu dengan Awam (contoh: apabila anda memilih Awam daripada pemilih penonton), ini dikira sebagai maklumat awam. Sekiranya anda berkongsi sesuatu dan anda tidak nampak pemilih penonton atau tetapan privasi lain, maklumat itu juga adalah awam. Ketahui lebih lanjut tentang menyunting siapa yang boleh melihat maklumat asas anda di profil Facebook anda dan menggunakan pemilih penonton untuk mengawal dengan siapa anda berkongsi ketika anda menyiarkan ke Facebook.
Perkara yang dikongsi oleh orang lain: Jika orang lain berkongsi maklumat tentang anda, walaupun sekiranya maklumat itu adalah sesuatu yang anda kongsikan dengan mereka tetapi tidak menetapkannya sebagai awam, mereka juga boleh memilih untuk menjadikannya awam. Selain itu, apabila anda memberikan komen pada siaran awam orang lain, komen anda juga akan menjadi awam.
Siaran di Halaman Facebook atau kumpulan awam: Halaman Facebook dan kumpulan awam ialah ruang awam. Sesiapa yang boleh melihat Halaman atau kumpulan boleh melihat siaran atau komen anda. Secara umumnya, apabila anda membuat siaran atau komen pada Halaman atau kumpulan awam, sesuatu cerita boleh diterbitkan dalam Suapan Berita dan juga di tempat lain di sekitar atau luar Facebook.
Ingat bahawa maklumat awam boleh:
  • Dikaitkan dengan anda, walaupun di luar Facebook.
  • Muncul apabila seseorang melakukan carian di Facebook atau pada enjin carian yang lain.
  • Boleh diakses oleh permainan, aplikasi dan laman web yang disepadukan dengan Facebook yang digunakan oleh anda dan rakan anda.
  • Boleh diakses oleh sesiapa yang menggunakan API kami, seperti API Graf kami.
Adakah ini membantu?
Ya
Tidak