:: ikut kata hati ::

tak paham kenapa dengan mentaliti org melayu bila berniaga. asyiklah tak puas hati dan sering berhasad dengki.

okay, dulu takde kalangan family yg berniaga, so tak tau camne keadaan sebenar kan. tp sekarang, dah terjadi depan mata. mak sendiri pulak tu yg terkena. adeh, patah hati ni wey bila mak mengadu nasik lemak tak habis, mee buang camtu je [sapa nk makan mee kembang???], bihun yg tak habis juga walhal mak masak sebungkus je. okay okay, mak sekarang berniaga sorang sorang dan duduk kt rumah pun sorang sorang gak. kalau ada budak 2 orang tu, mesti dorang habiskan ye idak.

setiap kali call, camne mak bisness?? camtulah…yg mak jawab. sedih hati ni dengar.

tp i rasa ni bukanlah cabaran yg besar sangat. lagipun, nk berjaya, ada turun naik nya luck kita kan. lagipun, mak baru je 3 bulan berniaga. banyak lagi cabaran yg harus ditempuh. sabar ye mak.

tp mak berusaha jugak nk pulihkan keadaan cam dulu. berniaga secara sihat dan tak berniat pun nk balas balik kejahatan dan kedengkiaan org. cuba kalau org lain, kaw kaw punyalah jumpa bomoh terlaris di pasaran, nk gaduh balik dengan org sana. haha. tp mak i baik uols, dok diam diam kt situ, berpasrah hati je. heks.

mak pergi jumpa sorang ustaz ni. ustaz tu kata, gerai mak, dan tapak yg senonet sekangkang anak kera tu kena cantas dengan tanah kubur. aish aish, berani sungguh org tu amik tanah kubur semata mata nk cantaskan perniagaan makku yg bermodal sikit tu. tak faham betul.

mak pun usaha lah buat apa yg ustaz tu sarankan. bukan pakai tanah kubur juga tp pakai benda lain. common rawatan tradisional islam.

alhamdulillah, hari pertama laju jugaklah habis nasi lemak. antara dialog dialog yg sempat mak rakam:

1. eh, akak baru berniaga ke kt sini [ padahal dah 3 bulan]. saya tak pernah nampak pun akak kt sini.

2. saya selalu nk singgah, tp asyiklah terlepas [dan pergi ke gerai sana]

3. eh kak, lama tak bukak gerai [regular customer yg dulunya selalu beli kt situ, tp dah lama tak datang]

haa see see, nampak sangat kan org tak nampak gerai mak. ni bukan tipu punyalah, ni betul punya.

perkara dengki mendengki antara org org kita ni pun i selalu nampak depan mata. gerai nasi lemak depan office ni ha, sound baik punya suruh alihkan kereta. tak boleh ke nk cakap baik baik kan. takkan sampai nk jatuhkan air muka orang.

tolonglah, tolong bersaing secara sihat. amalkan sikap yg kita ni boleh terima ketentuan kalau masakan kita tak sedap, lalu org beralih arah ke nasi lemak org lain yg tentunya nasi lemak tu lagi kick.  kalau agak agak org lari, buat lah kajian kenapa org tak mau beli nasi lemak kita. tak payahlah nk pakai bomoh siam ke apa nk hancurkan periuk nasi org lain.

hehe. lu fikirlah sendiri.

sekian, wassalam.

yg baik datangnya dari Allah, yg buruk datangnya dari kekurangan diri saya.

cuba scroll bawah tengok gambar abang abang mell tu. ada sekor yg belah tangan kiri kita, yg sikit punya hensem lah dok tengok camera.

dia dah mati. kena langgar kereta. si putih bersih tu, camne lah agaknya eh masa kena langgar tu. sian betul.

dapat tau masa balik melaka last week. sampai je kt kampung baru, i bgtau mell ”mell, abg mell si putih dah mati”

tp agaknya, mell ada instinct kot. sebelum tau berita sedih tu, selalu nampak dia termenung kt balcony. ingatkan tido, tp betul betul termenung.

erm, cubit peha kiri, kanan terasa. kan???

hari isnin, hari first mell tak masuk sangkar masa org takde kt rumah, means semua org berkerja. risau ni jangan tanya lah camne. masyaAllah, tak tenang betul masa kerja. rasa nk balik waktu lunch tengok camne dia.

i tak risaukan dia, tp risaukan rumah berbau kot kot dia berak rata rata.

pukul 5, call housemate lain. tanya dah balik ke belum. hujan pulak petang tu, so masing masing tak balik lagi.

balik, singgah ampang park, beli makanan dia.  sampai rumah dlm 6++. sampai je depan pintu, clear!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

phewwwwwwwwwwwww…hilang penat kerja tau!!!!!

tau tak perasaan bila kita penat gila kerja, pastu dapat bunga ke, coklat paling mahal ke dari bf. tak pun seronok nya macam budak budak dapat makan coklat atau aiskrim selori??? haaa camtulah kalau nk dibayangkan. haha.

baik lah mell ni.

tp kan, dia sekarang kan macam — ktorg confused lah. anak kucing siam ke, anak kucing hutan ke anak harimau!!!!!!!!! ganas okay. tangan ni dah lali dengan gigitan dan cakaran dia. is it normal bila dia berperangai camtu???

ke dia memberontak sebab tak dapat keluar rumah ye???? kiranya mell ni bukan kucing yg suka bermanja manja lah. ada masa je bila dia nk bermesra ng i. boleh kira bila dia duduk atas pangkuan kita.

adeh, risau plak, kalau dibiarkan apa jadi ye.

ni kenapa banyak sangat entry harini ni?? buang tebiat apa???

adalah kerana, saya merajinkan diri nk letak gambar mell banyak banyak. kt fb malas nk letak, kt bspot pun tak boleh nk letak, jadinya sapa yg tau blog ni, silakan tengok makhluk kesayangan saya. muhammad najib dah jatuh menjunam. hahaha. sampai jeles mamat tu oleh kerana mell menjadi yg penting sekarang ni.

mari kita buktikan bahawa mell adalah dari keturunan yg baik baik .cecey macam mencari jodoh pulak. mesti sekufu ye.

oh mell, sekor je betina dari 4 beradik. tiga tiga tu semua jantan.

tengoklah yg dua dari kiri tu. macam zorro kan. sangat hensem. tp dah ada org yg nak. lagipun dia kan jantan. siap pakai socks lagi. auw. auw. boleh tak jodohkan mell dengan abang dia sendiri???

yg putih tu macam behave nye anak kau ni miau. sangat comel bila buat muka mengantuk tp tetap manis memandang camera dari hp vga i ni.

mell tak reti duduk diam.

kiranya ni adalah pertemuan terakhir mell dengan abg abg nya. konon nk jumpakan lagi sebelum balik kl hari tu, tapi tak dan nk buat.

masa jumpa ni, semua sibuk ngendeng ngendeng kt mell. semua sibuk nk tau apa yg mell pakai. mesti semua cakap ”eh, adik pakai apa ni?? abang long takde pun. ni yg jeles ni. harap harap tuan abg long yg baru pun belikan benda alah ni gak. nk kaler biru kalau boleh. loceng kasi besar punyaaaaa”

hahahahha

hah..tajuk tak agak agak mcam lah rumah besar sangat nk buat playground untuk mell.

okay playground baru adalah di balkoni sahaja. sorry, mell tak boleh turun tanah. haha. kejam tak? dia dah free from kutu, takkan begitu sahaja nk melepaskan dia kan. no way man. penat i jaga dia baik baik tau. wahhhh gayak macam jaga anak bagai menatang minyak yg penuh je.

sejak mell ada, pintu balkoni tak pernah terbuka. jadinya kami tidak mendpat pengudaraan yg baik. haha. oleh kerana dia ni lincah sangat, takut dia terjatuh menjunam dari tingkat 7. bayangkan dia jatuh weyyyy. mati aku! even ada 9 nyawa, tp still tak dapat nk bayangkan. fuhhhhh.
dengan itu, kami lancarkan kempen ”jangan bukak pintu balkoni. kalau nk sidai baju, sila pegang mell dengan kuat”.
ha begitu sekali kempen kami. takut punya pasal lah ni.

bosan seh tak boleh bukak pintu. tak boleh usha jiran tetangga depan balkoni rumah. heh, jahat punya perangai. depan balkoni tu, budak budak tabligh. ehe, manalah tau kot kot jodoh sebenar ada di depan pintu balkoni. : )

dan, hari sabtu setelah difikir fikir, i pasang pagar. tak lah penuh tp cukuplah untuk langkah keselamatan untuk si kecil tu. dia kalau keluar pintu berdesup laju.

mell dah seronok dapat hirup oksigen yg pure.

seronoknya dia dapat berlari lari kt balkoni tu. mell mell.

pasang mana yg dan je. i suruh abg yazid belikan. mula mula cam yakin dan saksama je ingat panjang balkoni tu 2 meter. yakin suruh beli 2 meter jangan lebih. sekali ahhhhh amik kau, tak cukup. kena lah potong 2. jadilah pendek tahap paras paras peha kami je. yakin juga, mell tak dapat nk lepas dari aras tu. dia dah besar nanti, takdelah dia nk panjat kot.

erm, mell dah hampir besar.

mell, jangan cepat besar sangat ye mell. sihat takpe. cuma jangan cepat sangat jadi remaja. tak puas lagi nk layan mell yg konon konon baby ni.

apa khabar dia kt rumah skrg ni ye????

harini mell tak duduk dalam cage masa org takde kt rumah. haih, camne lah agaknya dia kan. sabtu ahad, memang free cage tp risau pulak sebab takde org kt rumah kan. takde sapa boleh tengok tengokkan dia.

mell kuat tido. macam tuannya. harap harap tinggal sorang sorang kt rumah ni, dia tido.

mell pun dah gemok. hari sabtu mandikan dia, tak nampak badan keding macam last week i mandikan dia tu. yelah, bulu dia je yg lebih dari daging kan. hihi.

tengok ajl mlm td? puas hati? haha.

vocal terbaik – semua dah comment, kalau high pitch nk buat camne lagi kan? tu je kelebihan dia. ahhh jgn byk cakap, tahulah suara kau terbang ke laut. haha.

persembahan terbaik – boleh lah. tp perasan tak, kalini semua bawak konon konon fans yg ramai kan. aizat pun cute je mlm td.

no. 3 – oooohhh patut dia menang no. 1 atau no. 2!!!! ahhh emo lebih ni ft tak menang.

no. 2 – erk????? patut ke dia menang? tak best langsung. mell pun tido dengar dia nyanyi. haha. opsssss.

no. 1 – haaaaa??? my 2nd choice kot. i prefer lagi bunkface. siap kata ng budak rumah, kalau bunkface menang, i nk belanja makan dominos. haha. hampa nampaknya. sam bunkface siap nyanyi dengan penuh perasaan tau uols. tak menang gak??? i hampa lah!!!!

so far, persembahan semua best. cuma tang result je tak puas hati. haha. biasalah, manusia.

hari pertama mell dalam cage semalam.

singgah ampang park, beli wet food. dengan cara tu je, dia kuat makan. kalau tak campur dengan iams, dia tak mau makan sangat iams tu.

dlm 6 lebih, baru sampai rumah. budak budak rumah semua dah balik masa tu. panggil je mell mell mell. dia dah pandang kt pintu.

tp bila i dukung dia, dia macam marah. keras je miau tu berbunyi. marah lah tu. hihi. sian mell.

banyak kali cakap kt dia mintak maaf. minggu depan dah boleh free willy dah.

tp dia skrg dah pandai memanjat. malam td dia panjat piano. piano tu tinggi. adeh, kang silap silap dia panjat meja makan, habis semua berterabur. janganlah macam macam ye mell.

dia tu macam kuat berontak je. semalam, sampai je rumah, since dia tak mau main main ng i, i jenguklah cage dia. air dah tumpah, pasir berterabur. air tu tumpah dah bercampur dengan pasir sampai kembang pasir. pastu berak banyak gila. mesti boring dok sekor sekor, dia pun berak lah sepuas puasnya kan.

hari ni, macam tak risau sangat. tp takut gak : )

mell, dah jadi seseekor yg penting bagi i sekarang ni.

pagi tadi, tinggalkan mell dalam cage dengan perasaan sedih sangat sangat. oh ni ke perasaan bila dah ada anak eh????

sejak sampai kl, mell tak pernah terkurung dlm cage lama lama. dia pandai bawak diri, tak berak merata, kencing pun mmg pandai cari toilet dia. sian betul lah. tp since kepercayaan pada dia kurang lagi, terpaksa lah kurung. insya Allah, minggu depan dan seterusnya, dia free willy even takde org kt rumah.

mell, mell. dia memang kucing yg baik.

hari senin balik kl, dok dlm carrier. baik tak baik sangatlah, bising dlm kereta. stress mak……tp yg bestnya, langsung tak kencing, tak berak. padahal dah berejam dlm kereta. sian dia.  dah penat miaw miaw, tido. kesian sangat. nk peluk, by tak bagi. duduklah dia dlm carrier tu sampai kl. lagi buat tak sedap, singgah carrefour cari litter sand, dia tinggal dlm kereta. masa tu tengah tido. pas beli barang, makan pulak kt nz. pun sama tinggal dalam kereta. risau ni mengalahkan dia tu baby orang!!!

pagi td rasa nk nangis kenangkan dia. in fact, sekarang pun sebak je ni bila ingatkan dia.

hari senin, ikut rembau. singgah vet kt sana. doktor cakap, mell sihat. vaksin tak buat lagi since mell baru 2 bulan. lagipun, dia kan kucing dok dalam rumah, so kalau lambat pun takpelah. cuma skrg kena tunggu ubat kutu tu berkesan ke tak. kalau tak, kena letak lagi. but so far, dia tak menggaru lagi.

makanan? mell kuat makan. tak tahulah, i punya cara molek ke tak. i tak biarkan bekas makan mell kosong. ada je iams dlm tu. okay ke tak eh cara tu? sebab i rasa cara tu je buat dia terlatih nk buang dlm cage. lepas je dia main, masuk dlm cage, minum [haus bermain kan], makan sikit pastu ek ek. haaa camtulah cara nya.

minum? mell kuat minum pastu kuat kencing. hahaha. toilet dia penuh ng bebola air kencing je. hahaha. bola lah sebab dah keras kan. cute!!! susu dia, dia tak sentuh langsung. jadinya, bila makan wet food, i campur! setel.

perangai? playful gila. nk bermain je. kalau takde org nk melayan, miaw miaw. ingatkan lapar, tp nk main.

tempat tido? mell suka tido dlm almari baju i. haaa dapat tuan tak suka lipat baju, dia bley tido atas timbunan baju i. sejuk kot. tak pun, dia suka menyorok bawah almari kak mimi. kt situ takde tikar. bulu dah tebal, tu yg dia suka tempat sejuk sejuk.

penerimaan org pada mell? semua suka mell. sebab dia budak baik. kalau berak merata confirm takde sapa suka kan. bila i takde nk melayan mell, org lain boleh layan. mell tak rasa sunyi kt rumah tu.

semalam mell tido awal. maghrib dah tido. tp pastu kena kejut secara kejam. haha. rasa sunyi pulak bila dia tido.

mell mell, rindu lah….

 

mell, shes my new sweetheart.  new year gift!!!!

sambungan dari entry i berasa terlalu gembira tu. sorry sebab merahsiakan, yeah terlalu secretive. cuma nk uols pun berkongsi gembira. dah lama sangat kan hasrat hati ni nk ada kucing. for those yg follow me from blogspot, agaknya dah muak kot dengar pasal kucing tapi tak dapat dapat. hehe.

dan sekarang saya dah dapat dia. perfect, dapat betina, anak kucing, dah sapih dari ibu dia. and yg penting, ive got her for free. terima kasih banyak banyak!!!

mell, playful. manja.

mak i yg tak suka kucing tu pun tiba tiba jadi suka. siap belikan bola untuk mell.

:: harta mania ::

:: special for him ::

Daisypath Anniversary tickers

-----------------------------------------------
Daisypath Anniversary tickers

-----------------------------------------------

Daisypath Wedding tickers

:: mummy love u ::

PitaPata Cat tickers

facebooking me…

etty nk bertwit-twit

Error: Please make sure the Twitter account is public.