Sekiranya anda menggunakan versi 2.7 ke atas, anda boleh meningkatkan perisian anda dengan mudah melalui ciri peningkatan automatik. Hanya pandu melalui menu Alatan > Peningkatan
, kemudian klik butang Peningkatan Automatik
. Sila pastikan anda memilih pakej bahasa Melayu (mempunyai kod ms_MY
).
Sekiranya anda menggunakan versi lama, anda boleh mengikuti langkah-langkah di bawah:
- Ekstrak fail zip yang dimuat turun ke dalam sebuah direktori kosong.
- Buka fail
wp-sample-config.php
menggunakan penyunting teks (seperti Notepad), isikan maklumat-maklumat mengenai pangkalan data (database) anda, dan simpan fail tersebut dengan namawp-config.php
. - Muat naik semua fail ke dalam komputer pelayan (server).
- Buka
/wp-admin/install.php
melalui pelayar web anda dan ikuti arahan yang diberikan.
Anda boleh merujuk laman Installing WordPress di Codex untuk panduan yang lebih terperinci.