1 April
Jump to navigation
Jump to search
<< | April | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | ||||
4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 |
11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 |
18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 |
25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | |
2021 |
1 April merupakan hari ke-91 (hari ke-92 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 274 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan
Peristiwa[sunting | sunting sumber]
- 1572 - Pemberontakan Belanda: Angkatan Gabenor dan Jeneral Sepanyol Fernando Álvarez de Toledo, Duke Alba ke-3 ditewaskan di Brielle oleh Geuzen.
- 1789 - Dewan Perwakilan Amerika Syarikat mengadakan korum sulung di Bandar Raya New York dan memilih Frederick Muhlenberg (gambar) sebagai Speaker.
- 1826 - Enjin pembakaran dalam dipatenkan oleh Samuel Morey.
- 1918 - Perkhidmatan Udara Angkatan Laut Diraja dan Kor Udara Diraja bergabung untuk membentuk Tentera Udara Diraja British, sebuah cabang tentera udara dalam Angkatan Tentera British.
- 1939 - Generalisimo Francisco Franco dari Negara Sepanyol mengisytiharkan kemenangan dalam Perang Saudara Sepanyol.
- 1957 - Rancangan dokumentari BBC Panorama menyiarkan sebuah dokumentari olok-olok mengenai pokok spageti.
- 1960 - Tuanku Abdul Rahman yang merupakan Yang di-Pertuan Agong pertama Malaysia mangkat di peraduannya.
- 1969 - Pesawat pejuang beroperasi pertama dengan keupayaan V/STOL, Hawker Siddeley Harrier memasuki perkhidmatan Tentera Udara Diraja British.
- 1973 - Projek Harimau, sebuah projek pemuliharaan hidupan liar untuk melindungi Harimau Bengal, dilancarkan di Taman Negara Jim Corbett, India.
- 1976 - Apple Computer ditubuhkan untuk menjual Apple I (gambar), komputer peribadi awal yang dijual sebagai kit.
- 2004 - Google melancarkan Gmail, memberikan pengguna 1000 megabait storan untuk e-mel, secara mendadak meningkatkan piawaian untuk storan e-mel percuma.
- 1997 - Pertukaran jalur komik tak dijangka: Ahli-ahli kartun untuk jalur komik pensindiketan bertukar-tukar kartun untuk hari ini.
- 2009 - Albania dan Croatia menyertai NATO.
- 2015 - Kerajaan Malaysia mengumumkan cukai yang baharu dilaksanakan iaitu Good Services Tax pada kadar nilai 6% bertujuan meningkatkan ekonomi negara dan mengurangkan hutang negara.
Kelahiran[sunting | sunting sumber]
- 1983 - Franck Ribéry, pemain bola sepak Bayern Munich dan Perancis.
Kematian[sunting | sunting sumber]
- 1960 - Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad, Yang Dipertuan Agong pertama.