Bendera India
Jump to navigation
Jump to search
Bendera India direka oleh Majlis Perlembagaan India pada 22 Julai 1947, 24 hari sebelum hari kemerdekaan India daripada British. Di India, istilah "tiga warna" (Tirangā – तिरंगा) hampir selalu menunjuk pada bendera India. Bendera ini merupakan bendera tiga warna melintang: kuning cempaka, putih dan hijau dengan sebuah Ashoka Chakra berwarna biru di tengah-tengah garis putih. Bendera ini serupa dengan bendera Niger dengan lambang yang berbeza, bendera Côte d'Ivoire dan bendera Republik Ireland dalam kedudukan menegak.
Lihat juga[sunting | sunting sumber]
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Bendera India |
Rencana berkenaan bendera ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |